Home » Uncategorized » 7 July 2008 » » No Comment »

Anwar sedia bersumpah

7 July 2008 No Comment

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup bersumpah dan dibicarakan di mahkamah syariah terhadap tuduhan liwat terhadapnya, dengan syarat ia mengikut undang-undang syariah sepenuhnya.

“Saya mencabar mereka memberikan bukti-bukti sebelum menuduh dan mengaitkan saya,” katanya dalam cermah kepada kira-kira 25,000 di Stadium Kelana Jaya, di Petaling jaya malam ini.

“Saya sedia menerima apa sahaja hukuman jika dibuat mengikut undang-undang yang adil.

“Saya akan tunduk jika mereka boleh memberikan bukti tuduhan terhadap saya.

“Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, Insya-Allah saya akan lakukan,” katanya diikuti tepukan gemuruh para hadirin.

Ucapan beliau malam ini merupakan acara kemuncak perhimpunan rakyat membantah kenaikan harga minyak hari ini.

Menurut Anwar lagi, pada 1998, katanya, beliau dituduh dengan kes yang hampir sama.

“Saya telah bertanya kepada ulama-ulama, mereka melarang saya bersumpah.

“Tetapi saya tetap bersumpah, namun saya dipukul dan dipenjarakan.

More news…




Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.