Home » Uncategorized » 5 June 2008 » 806 supporters » No Comment »

Harga minyak naik terlalu tinggi

5 June 2008 806 supporters No Comment

Harga minyak telah naik mulai hari ini iaitu sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel. Harga baru bagi petrol adalah RM2.70 dan diesel RM2.58. Harga minyak yang naik akan pasti menyebabkan harga barang keperluan akan naik kerana minyak adalah berkadar terus dengan barang keperluan. Sedangkan gaji kakitangan kerajaan yang naik pun boleh menyebabkan harga barang naik, inikan pula minyak. Ianya pasti akan membebankan rakyat berpendapatan rendah.

Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata dalam harakah daily;

Wan Azizah juga berkata, Malaysia adalah negara pengeksport minyak mentah, justeru harga petrol dalam negara perlu dibandingkan dengan negara-negara pengeksport minyak seperti UAE RM1.19 seliter, Mesir RM1.03 seliter, Kuwait RM0.67 seliter, Saudi Arabia RM0.38 seliter, Nigeria RM0.32 seliter dan Venezuela RM0.16 seliter.
Katanya, membandingkan harga petrol dengan negara pengimport minyak seperti Singapura, Thailand dan Indonesia jelas menunjukkan sifat kedunguan.

Untuk rekod, harga petrol pada 2004 adalah RM1.37 manakala harga diesel adalah RM0.78 iaitu peningkatan 97.1% bagi petrol dan 231% bagi diesel. Ianya berlaku hanya dalam masa 4 tahun.




Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.