Site icon https://inertz.org

Saham Maybank digantung

KUALA LUMPUR: Dagangan saham Maybank digantung berikutan pengumuman bahawa ia telah memenangi bidaan untuk membeli kepentingan 56 peratus dalam Bank Internasional Indonesia dari Temasek Holdings dari Singpaura pada harga RM4.8 bilion.

Maybank, kumpulan perkhidmatan kewangan terbesar di Malaysia, akan menawarkan tender bagi mendapatkan baki kepentingan 44 peratus, yang dianggarkan pada kos RM3.8 bilion. Kali terakhir sahamnya didagangkan pada harga RM8.95. Dagangan akan bermula pada jam 9.00 pagi esok. – Bernama

Exit mobile version