Apakah yang dimaksudkan dengan niche market? Ia adalah berkenaan dengan pemasaran barangan/perkhidmatan yang spesifik. Terdapat banyak peluang yang masih belum diteroka. Seperti kita tahu pemasaran internet adalah sangan besar. Pasaran niche ada di mana-mana dan akan kekal selagi ada internet. Lakukan kajian dan anda akan jumpa niche yang menguntungkan dan akan membuat anda tersenyum semasa pulang dari bank.

Patutkah anda cuba produk pemasaran internet ataupun pasaran niche?

Terdapat ramai pendatang baru dalam bidang ini dan juga yang lebih berpengalaman berkeinginan menjual produk pemasaran internet. Malangnya, ianya pilihan kurang tepat kecuali anda adalah sangat berpengalaman dan sangat berjaya dalam bidang pemasaran. Arena ini telah tepu dengan usahawan seperti ini yang mempunyai kedudukan kukuh dan tidak akan berganjak dari kedudukan mereka. Mereka hanya berminat untuk mengetengahkan lagi produk mereka. Boleh anda salahkan mereka?

Lupakan jika mereka berkata..”Kami mahu anda berjaya dan kami akan tunjukkan jalannya.” Apa yang mereka maksudkan adalah.. “Kami mahukan anda sebagai prospek atau senarai pelanggan supaya kami boleh promosi produk kami dan jual kepada anda selamanya.”

Cuba fikirkan dan berfikiran logik jika anda cuba menjual produk pemasaran internet secara online. Anda mungkin menemui kegagalan jika anda cuba bersaing dengan pemasar yang memang telah terbukti berjaya. Oleh itu, carilah pasaran niche dengan penuh kesungguhan(passion). Ia adalah sangat dinamik dan sangat terbuka luas peluang pemasarannya.

Jika itu, apa pula pasaran niche sebenarnya?

Pasaran niche sebenarnya sudah lama. Bagaimanapun, ianya akan mendapat lebih perhatian seiring dengan pemasaran internet dan akan terus berkembang. Niche adalah didefinasikan sebagai kumpulan pelanggan berpotensi yang mempunyai kehendak specifik “hendak atau perlu”

Perniagaan besar-besar tidak berminat dengan pasaran niche yang kecil. Mereka hanya mahu menjual dalam kuantiti yang besar. Pemasar niche,bagaimanapun, boleh selesa dengan memasarkan produk yang betul atau perkhidmatan kepada pasaran niche. Itulah yang dipanggil “faktor niche”.

Helahnya adalah untuk mencari pasaran niche yang mendatangkan keuntungan berterusan yang mempunyai pelanggan berpotensi berdasarkan kehendak atau keperluan yang belum dipenuhi. Bina produk atau perkhidmatan untuk memuaskan pelanggan dan anda dalam landasan yang betul. Jangan buat kesilapan biasa dengan cipta produk dahulu kemudian cari pasaran selepas itu. Anda perlu cari pasaran baru buat produk. Lakukan dengan betul dan menguntungkan.

Pemasaran niche adalah berkenaan memuaskan kehendak atau keperluan kumpulan yang spesifik atau pelanggan. Contohnya seseorang itu mahukan perisian anti spam. Market segment adalah perisian, niche pula adalah anti spam. Klasifikasi mungkin boleh pergi lebih jauh bergantung kepada kategori pasaran.

Niche yang lebih fokus akan membolehkan anda mendapat pelanggan berpotensi dan sangat-sangat minat dengan produk anda. Anda perlu unik dan mesti mahir dalam niche anda dimana anda juga mungkin perlu bersaing dan menang dalam pasaran.

Internet mempunyai banyak maklumat berkenaan topik anda malah apa saja topik. Pelanggan berpotensi sentiasa mencari produk dan perkhidmatan melalui internet. Kebanyakan mereka mahukan maklumat percuma. Jika perlu, mereka juga sanggup keluarkan sedikit duit untuk mendapatkan maklumat yang mereka sangat-sangat mahukan.

Terdapat banyak pasaran niche yang anda boleh tumpukan. Anda boleh letak apa-apa saja kata kunci(keyword) dalam kebanyakan enjin pencari dan anda akan mendapat banyak keputusan dan laman web yang memaparkan berdasarkan keyword anda. Tidak kira apa sahaja kemahiran anda, hobi atau minat, anda boleh lega kerana ramai yang mencari maklumat berdasarkan topik yang lebih spesifik.

Cari apa yang dicari oleh orang lain dalam enjin pencari, cipta atau cari produk atau perkhidmatan untuk dijual kepada mereka untuk memuaskan keperluan mereka. Hanya anda perlu pastikan ianya adalah niche yang menguntungkan.

Artikel akan datang kita akan bincangkan berkenaan dengan bagaimana untuk mengenali pasaran niche anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *