Articles tagged with: komputer
Software, Video »
Apakah itu 3gp? 3gp adalah satu file format yang bermaksud Third Generation Partnership Project (3GPP) yang kebanyakkan digunakan pada telefon bimbit 3G. Secara mudah 3GP adalah versi format MPEG-4 yang dipermudahkan untuk menjimatkan ruang store dan bandtwidth.
Adakah 3gp yang anda download di internet selamat pada komputer anda? bagaimana anda pasti yang anti virus percuma anda dapat menghindari anda dari serangan virus, malware, spyware, worms, trojan yang kebanyakkannya akan mencuri maklumat-maklumat indentiti anda seperti nombor kredit kad, nombor akaun, nombor kad pengenalan dan pelbagai maklumat yang terdapat didalam komputer anda.
4 Tips …
It news »
Berita muka depan hari ini dalam Kosmo. Penggodam menawarkan khidmat dengan caj sebanyak RM2000 untuk delete(padam) database PTPTN supaya tak ada rekod. Berita lanjut beli kosmo.
Nampaknya Sys admin PTPTN akan sibuk lepas ni sebab ada cubaan untuk masuk database PTPTN untuk padam rekod peminjam.
Pangkalan data PTPTN kebal -
Laman web www.ptptn.biz telah disekat
KUALA LUMPUR – “Setakat ini kami tidak menerima sebarang laporan ada penggodam sudah ‘tembus’ pangkalan data kami.”
Itulah jaminan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Yunos Abd. Ghani mengenai sindiket yang didakwa cuba melupuskan hutang PTPTN …
Jurnallinux »
1. ISP
Apakah erti sebuah komputer sekiranya tidak dilengkapkan dengan Internet. Pada masa kini hampir setiap komputer yang berfungsi akan disambungkan dengan Internet. Jika tidak komputer tersebut hanya akan menjadi bahan hiasan ataupun paling kurang akan menjadi tempat untuk bermain games.
Bagi pengguna akhir Windows, untuk menyambungkan sistem mereka kepada Internet tidak sukar, jika timbul masalahpun mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada ISP(Pembekal Perkhidmatan Internet). Berbeza pula bagi pengguna Linux, pengguna Linux perlu memahami konsep serta perlu pula memahami aspek teknikal tentang modem. Juga perlu pula banyak membaca dokumentasi berkenaan perkara ini. …
Jurnallinux »
Perisian Linux boleh dibahagikan kepada beberapa kategori sama seperti Windows iaitu permainan, aplikasi rumah dan pejabat, Internet dan rangkaian, Multimedia dan rekabentuk, pengaturcaraan, serta utiliti dan pengurusan komputer.
Permainan
Doom,Freeciv,Pingus,PySol,Rasteroids,Space Racer,XshipWars…
Aplikasi rumah dan pejabat
Applixware Office Suite, StarOffice, OpenOffice,Kalendar,Moneydance,Word Perfect…
Internet dan rangkaian
Adobe acrobat reader,Apache,GFTP,GnomeICU,LICQ,Netscape,NICQ,XISP…
Multimedia …
Jurnallinux »
Sejarah
Pada tahun 1984 projek ANTHENA MIT cuba membangunkan sistem komputeryang mampu menyambungkan beribu-ribu komputer kepada rangkaian dalaman. Projek ini pada asalnya dimulakan oleh Brian Reid dan Paul Ascente daripada Universiti Stanford dan dinamakan projek W. Projek ini kemudannya diteruskan oleh Bob Scheifler (MIT) dan Jim Gettys (Digital Eqp. Corp.) tetapi kemudiannya dikenali sebagai X. Sistem ini kemudiannya dinamakan sistem X Window iaitu antaramuka grafik bagi sistem pengoperasian LINUX serta kebanyakan sistem lain.
Pihak GNU kemudiannya memperkenalkan GNOME iaitu GNU Network Model Environment. GNOME adalah persekitaran grafik yang bukan sahaja mudah digunakan …
Jurnallinux »
- Sejarah
Apabila Ken Thompson dan Dennis Ritchie mula – mula menulis UNIX mereka mula mencari idea baru untuk pengguna menggunakan komputer. Salah satu idea yang mereka perolehi adalah untuk membuat antaramuka pengguna komputer boleh berubah dan di tukar untuk keperluan spesifik bagi sesuatu aplikasi.
Antaramuka pengguna ini dipanggil penterjemah arahan kerana ia akan menterjemahkan apa yang ditaip oleh pengguna dan menukarkannya kepada sesuatu yang dapat difahami oleh komputer. Kebanyakan sistem komputer mempunyai penterjemah arahan yang terbina dalam Sistem Pengoperasian tetapi pengguna tidak …
Jurnallinux »
Terdapat lima kategori fail yang biasa iaitu fail pengguna, fail sistem, fail direktori, fail istimewa, serta fail yang boleh dilaksanakan.
Fail pengguna – fail yang dicipta oleh pengguna sendiri dan boleh juga dipanggil fail tipis. Fail ini biasanya mengandungi data yang mudah termasuk teks dan nombor. Fail yang lebih kompleks seperti grafik dan lembaran kerja mesti diterjemahkan dan digunakan oleh program yang telah dikhaskan. Fail seperti ini tidak boleh di lihat dengan editor teks kerana kandungan fail tidak selalunya teks ASCII. Perubahan pada fail ini hanya akan memjejaskan pengguna yang …
Jurnallinux »
Sistem fail LINUX adalah sama dengan sistem DOS, WINDOWS, MAC dan juga banyak persamaan dengan UNIX. Fail adalah koleksi maklumat yang dikenali oleh sistem komputer iaitu terdiri daripada nama fail dan tempat menyimpan fail tersebut. LINUX dapat menyimpan banyak fail dalam satu ditrektori selagi fail tersebut mempunyai nama yang berlainan. LINUX dapat menyimpan fail yang mempunyai nama yang sama tetapi dalam direktori yang berbeza.
Nama fail dalam sistem LINUX boleh terdiri daripada 256 karektor, bnoleh terdiri daripada gabungan huruf kecil dan huruf besar,nombor, serta karektor istimewa dan sebagainya.
Technorati Tags: BN, DAP, …
Jurnallinux »
Login sistem
Pengguna yang ingin menggunakan sistem LINUX perlu mempunyai nama login. Kenapa? Kerana LINUX merupakan Sistem Pengoperasian yang menyokong ramai pengguna login kedalam sistem dalam masa yang sama. Oleh itu setiap pengguna akan mempunyai nama login serta akaun tersendiri. Ini bagi mengelakkan pengguna melihat fail rahsia yang dipunyai oleh pengguna lain atau memadam fail yang penting daripada sistem komputer.
Pengguna yang login sebagai ROOT adalah pengguna yang berkuasa kerana mampu melakukan apa sahaja terhadap sistem. Pengguna ini mampu menambah cakera kedalam sistem …
Jurnallinux »
X Window merupakan perisian yang perlu sekiranya kita hendak menjadikan komputer kita kelihatan seperti WINDOWS. Dengan X Window kita boleh berinteraksi dengan LINUX secara lebih mudah. Menyelaraskan pelayan X bermaksud kita menentukan kad grafik serta monitor yang digunakan termasuk jumlah memori grafik yang digunakan, kelajuannya,dan pilihan yang terdapat pada kad grafik. Langkah yang perlu diikuti adalah memilih jenis monitor, menentukan jumlah memori grafik,menentukan jenis pemproses grafik,dan kemudian memilih mod video yang dikehendaki.
Technorati Tags: DAP, Hat, komputer, LAN, Linux, Perisian, Server, system, Video, Window, Windows, X, X Window

