Articles in the Jurnallinux Category
Jurnallinux »
Login sistem
Pengguna yang ingin menggunakan sistem LINUX perlu mempunyai nama login. Kenapa? Kerana LINUX merupakan Sistem Pengoperasian yang menyokong ramai pengguna login kedalam sistem dalam masa yang sama. Oleh itu setiap pengguna akan mempunyai nama login serta akaun tersendiri. Ini bagi mengelakkan pengguna melihat fail rahsia yang dipunyai oleh pengguna lain atau memadam fail yang penting daripada sistem komputer.
Pengguna yang login sebagai ROOT adalah pengguna yang berkuasa kerana mampu melakukan apa sahaja terhadap sistem. Pengguna ini mampu menambah cakera kedalam sistem …
Jurnallinux »
Cara untuk memasang pencetak bukanlah sukar dengan hanya menentukan sama ada printer yang akan digunakan adalah local printer ( printer yang dipasang pada sistem) ataupun remote printer ( printer yang dipasang pada rangkaian)
Tags: pencetak, printer, remote, sistem
Jurnallinux »
Langkah ini diperlukan bagi sesetengah pakej iaitu menetapkan servis yang perlu dijalankan ketika proses boot.
Tags: boot, LAN, Linux, NET, pakej, servis, X
Jurnallinux »
X Window merupakan perisian yang perlu sekiranya kita hendak menjadikan komputer kita kelihatan seperti WINDOWS. Dengan X Window kita boleh berinteraksi dengan LINUX secara lebih mudah. Menyelaraskan pelayan X bermaksud kita menentukan kad grafik serta monitor yang digunakan termasuk jumlah memori grafik yang digunakan, kelajuannya,dan pilihan yang terdapat pada kad grafik. Langkah yang perlu diikuti adalah memilih jenis monitor, menentukan jumlah memori grafik,menentukan jenis pemproses grafik,dan kemudian memilih mod video yang dikehendaki.
Tags: DAP, Hat, komputer, LAN, Linux, Perisian, Server, system, Video, Window, Windows, X, X Window
Jurnallinux »
Pemasangan LINUX tidaklah sesukar mana berbanding dengan WINDOWS. Peringkat pemasangan adalah bermula apabila kernel mula mengesan tetikus, menetepkan zon masa, menetapkan kata laluan utama, menambah pengguna dan sebagainya.
Seterusnya LINUX akan mula memasang program yang terdapat dalam pakej LINUX. Setiap program yang dipasang akan disertakan dengan komen untuk memberitahu pengguna mengenali program yang sedang dipasang.
Tags: DAP, kernel, Linux, NET, pakej, pengguna, Window, Windows, X
Jurnallinux »
a) membina ruang untuk LINUX
Sebelum LINUX boleh dipasang pada komputer perkara yang perlu dipertimbangkan adalah ruang untuk memasang LINUX. Sesetengah orang akan membuang terus WINDOWS daripada komputer mereka sekiranya ruang tidak mencukupi. Sesetengahnya pula lebih selesa dengan tidak membuat perubahan drastik seperti itu tetapi hanya bercadang supaya LINUX dapat dipasang bersama - sama dengan Sistem Pengoperasian lain. Cara yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah ini adalah membeli cakera keras yang lain memandangkan harganya yang tidaklah semahal mana. Sekiranya Sistem Pengoperasian lama …
Jurnallinux »
Perkara yang perlu diketahui sebelum memasang LINUX
LINUX boleh dipasang pada kebanyakan komputer dengan pemproses AMD, INTEL sama ada 386 hinggalah kepada Pentium 4, pelbagai platform Digital Alpha, Sun SPARC, Motorolla, MIPS, Power PC, dan platform HP.
LINUX menyokong Symmetric Multiprocessing (SMP) bermaksud LINUX menyokong lebih daripada 1 CPU pada satu komputer. Sekiranya sistem mempunyai lebih daripada 1 CPU, LINUX mampu mengawal CPU tersebut sama ada membenarkan sistem menggunakan CPU tertentu untuk mengawal aplikasi tertentu. LINUX mampu mengagih – agihkan tugas kepada …
Jurnallinux »
Pakej LINUX yang pertama sekali adalah Yggdrasil pada tahun 1993. Selepas pemasangan yang mudah Yggdrasil memulakan sistem X Window dengan pembukaan video MPEG dan suara ‘hello’ daripada sistem. Hari nini Yggdrasil http://www.yggdrasil.com menghasilkan pelbagai produk LINUX dan memberikan pelbagai khidmat sokongan dan teknikal kepada pengguna.
Pakej Slackware juga merupakan pakej yang terawal dihasilkan oleh Patrick Volkerding boleh didapati daripada Internet ataupun CDROM. Pakej Debian http://www.debian.org …
Jurnallinux »
a) Stesyen Kerja
LINUX merupakan Sistem Pengoperasian yang mempunyai banyak kegunaan dan fleksibel . LINUX digunakan oleh pelajar sains komputer , ahli perniagaan, individu, dan kerajaan untuk menjimatkan kos, meningkatkan prestasi serta menyelesaikan masalah yang rumit.
Kita boleh menggunakan LINUX dengan pelbagai cara sama ada sebagai stesyen kerja, sistem pelayan (server) , gateway internet-menggunakan rangkaian untuk menyambungkan ke internet, firewall-untuk keselamatan organisasi ataupun sebagai superkomputer.
b) Pengaturcaraan
Oleh kerana LINUX sangat berkuasa LINUX boleh menjalankan banyak …
Jurnallinux »
Sejarah LINUX
Pada tahun 1991 Linus Torvalds seorang pelajar University Of Helsinki di Findland membeli sebuah pc IBM386. Oleh kerana beliau tidak berpuas hati dengan sistem pengoperasian yang dibekalkan dengan komputernya dia merasakan adalah perlu baginya untuk memasang UNIX pada komputernya. Malangnya ketika itu kos untuk memiliki UNIX adalah tinggi . Beliau mula merancang dan mengumpulkan satu kumpulan pengaturcara untuk membangunkan satu sistem yang sama seperti UNIX . Mereka telah mencipta satu Cengkerang sistem pengoperasian ataupun Kernel dinamakan LINUX sempena nama …

